<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=6249096&amp;blogName=xXx+Emotions...+Thoughts...+Memories....&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLACK&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fskoolgerl.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fskoolgerl.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>
25 January 2004

-- WHAT ANIME COUPLE AM I... ?!?!?!?! --

HASH(0x8819f2c)
Mamoru and Usagi
Destined Love - You are truly a match made in the
stars. You have your ups and downs, but come
out stronger each time. You may seem a little
opposed at times, but otherwise you are truly
destined. Face it, you're together whether you
like it or not.


What Anime Couple Are You?
brought to you by Quizilla



22 January 2004

-- WHAT TYPE OF SAMURAI AM I...?!?!?! --

You are a...
PEACEFUL samurai. You are different from the pack;
you are calm and mellow until you get into a
battle, and then you lash out. You are
extremely well known as the calm one, and your
mellowness is looked up to by many people.


What Type of Samurai are you?
brought to you by Quizilla



21 January 2004

-- RENUNGKANLAH BERSAMA --
Bacalah kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil dan diaplikasi dalam hidup kita. Mungkin bukan setakat pada orang yang disayangi tetapi juga rakan-rakan,teman-teman dan orang di sekeliling kita.

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hariyang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya: "Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.
Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ..."

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Saya akan mulai dulu ya", kata
Isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka Surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah saya harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya. Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,

"Sekarang giliran abang membacakan senaraimu". Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis ...

p/s:

Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?.. Kalau jawapannya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki... Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam menyayangi diri kita...
INSYA ALLAH


15 January 2004

fire
Fire. Impulsive. Unlike Air, you do jump before you
look. When you have something in mind, you
won't let go. You have a strong will, and will
do anything to get what you want. From time to
time you can forget that other people have
feelings too, but at most, you're a happy
jumping friend.


What is your element?
brought to you by Quizilla



Warna Cerminkan Peribadi

Erm... benarlah kata orang, warna memainkan peranan penting dalam menentukan mood seseorang. Warna kesukaan atau kegemaran seseorang sebenarnya melambangkan peribadi mereka. Apakah warna kegemaran pasangan anda? Cuba risik dan ketahui warna pasangan anda kerana anda boleh menyingkap peribadinya melalui warna tersebut. Ayuh, tinjau warna pilihan si dia...

Warna Putih
Ha... putih itu suci... warna putih juga terbahagi kepada beberapa pecahan atau kategorinya, ada yang suka putih susu, putih salji, putih krim, putih kapas, putih awan dan sebagainya. Walau apapun warna putih kegemaran si dia, dia merupakan seorang yang berfikiran positif dan optimistik. Mereka juga berkebolehan dalam menyeimbangkan kehidupan seharian mereka, antara kerja dan peribadi. Sikap negatif yang dimiliki oleh si peminat warna putih ialah mereka gemar mengasingkan diri dari orang ramai. Hal ini kerana mereka berpendapat bercampur dengan orang ramai, akan menyebabkan mereka bosan dan rasa tidak selesa.

Warna Kuning
Si peminat warna kuning merupakan seorang yang menarik dan penuh aspirasi. Mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan mereka boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Namun negatifnya, mereka amat mudah berputus asa, apabila sesuatu perkara itu tidak dapat diselesaikan. Jika hal ini merunsingkan, hidulah lemon kerana aroma dan warnanya akan melepaskan si peminat warna kuning dari tekanan kerja tersebut.

Warna Oren
Jarang sekali kita dengar ada seseorang yang sukakan warna ini. Tetapi, pastinya ada segelintir dari pasangan kita yang sukakan warna ini. Penggemar warna oren merupakan seorang yang kreatif, sukakan persaingan, aktif dan praktikal dalam melakukan sesuatu. Si penggemar warna oren, merupakan seorang yang suka bersaing dengan sesiapa sahaja. Bagi mereka persaingan secara sihat ini boleh mencabar minda dan menambah pengalaman mereka. Adakalanya juga, mereka kurang memberikan perhatian kepada perkara yang tidak suka dilakukan atau diarah oleh orang lain.

Warna Merah
Warna ini sering dikaitkan dengan sikap yang garang dan tegas, juga berani. Si peminat warna merah adalah individu yang bermotivasi dan mengamalkan gaya hidup yang aktif. Si merah juga digambarkan sebagai individu yang berkebolehan sebagai seorang pemimpin. Erm... memang benarlah si peminat warna ini seorang yang panas baran dan mudah naik angin. Jadi... jangan la anda sengaja nak buat mereka marah, anda sendiri yang akan dapat padahnya.

Warna Hijau
Mereka yang meminati warna ini merupakan seorang yang berperikemanusiaan dan amat prihatin. Biasanya apabila mereka mempunyai masalah, mereka akan merujuk kepada alam sekeliling bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan mereka. Awas, mereka yang meminati warna hijau ini adakalanya tidak boleh dipercayai, biarpun mereka bersikap berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara.



Warna Ungu Mmm... warna ungu memang cantik. Jika pasangan anda meminati warna ini, mereka sebenarnya seorang yang agak sensitif dan berdaya aspirasi yang tinggi. Pengaruh warna ungu kepada si pemiliknya menggambarkan sikap yang kasar, tidak sabar, dan gemar memarahi orang lain. Itulah antara sifat yang tidak boleh dielakkan oleh mereka. Jadi, si penggemar ungu, belajar-belajar la supaya sentiasa relaks dan positif apabila berhadapan dengan kerja dan rakan-rakan yang lain. Jangan asyik nak marah jea... nanti orang pun tak suka dan pulaukan kita, ha macam mana?

Warna Coklat Erm... mungkin tidak ramai yang sukakan warna ini... tapi mungkin ramai yang suka makan cokelat. Jika pasangan anda antara golongan yang meminati warna ini, tahniah kerana pasangan anda seorang yang jujur, tidak suka meninggi diri dan gemarkan gaya hidup yang amat sederhana, biarpun mereka boleh dikategorikan 'anak orang kaya'. Tapi status pada mereka tidak penting dan mereka amat menghargai sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka, termasuk anda. Tapi awas, mereka tidak suka berhadapan dengan kenyataan? La... kenapa jadi macam tu? Penggemar warna ini akan acapkali lari dari kenyataan, biarpun hanya perkara yang remeh.

Warna Biru Erm... mesti ramai yang sukakan laut atau awan kerana kedua-dua kejadian semulajadi alam ini, berwarna biru. Bila lihat laut dan awan yang membiru, pastinya kita akan merasa tenang. Jika pasangan anda meminati warna biru, mereka merupakan seorang yang bijak dan berperanan besar dalam menentukan hala tuju kehidupannya. Mereka juga dilabelkan sebagai tempat rujukan bagi sesiapa yang bermasalah. Si biru berkebolehan menjadi pemimpin kerana bijak mengatur strategi. Tetapi, adakalanya si biru akan bertindak melampaui batas untuk mencapai sesuatu yang diingini.

Warna Hitam Si pemilik warna hitam, merupakan seorang yang tegas, kuat, berdisiplin dan tidak suka dikongkong. Cubalah kongkong pasangan anda yang gemarkan warna ini, pastinya akan berlaku pemberontakan yang tidak disangka-sangka. Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu tentang si penggemar hitam ialah, mereka kurang berkeyakinan dan adakalanya memerlukan sokongan atau bantuan dari orang lain.

Warna-warna yang perlu dielakkan.

Elakkan warna hijau jika anda berada dalam keadaan yang keliru dalam apa jua perkara. Ini kerana hijau boleh mempengaruhi fikiran anda sehingga anda sukar membuat pilihan atau keputusan. Sebaliknya pilihlah warna putih apabila anda berasa keliru. Tetapi jika anda berasa kurang bersemangat, elakkan warna putih, kerana putih akan menyebabkan anda lebih bosan dalam melakukan sesuatu perkara.

Erm... anda sering merasa gundah gulana? Tipsnya mudah sahaja, apabila anda dihantui perasaan ini, elakkan warna merah kerana merah menjadikan anda agresif sehingga mungkin akan melakukan perkara-perkara yang negatif. Bagi mereka yang ingin 'enjoy' bersama rakan-rakan, elakkan memakai pakaian yang berwarna hitam kerana anda tidak akan dapat merasai keseronokan bersama rakan-rakan anda.



14 January 2004

purple passion



Your Passion is Purple!


You're passionate - but more people view you as funky.

You're more about sampling the different flavors of passion...

Not that you don't mind getting swept off your feet.

It's just you need a little someone new every once and a while.



What Color Is Your Passion?

More Great Quizzes from Quiz Diva




classy sexy



You Are Classy Sexy!


You are a perfect lady - from your ultra feminine style to your impeccable manners.

You are graceful in every situation, and you always win everyone over with your charm.

Your beauty is understated but known by all. You don't need cheap tricks to get attention.

You may not attract most modern men, but it's worth waiting for your perfect gentleman.



What Kind of Sexy Are *You*?

More Great Quizzes from Quiz Diva



Pengorbanan Isteri Atau Suami... Siapa yang lebih Power....?!?!?!
12 January 2004

Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah lagi di
usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah hatinya, sumpah
aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang. Tidak kelihatan
walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah bibirnya. Segalanya
masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan setiap kehendak hatiku.
Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan. Cuma ketika dia menurunkan
tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan air mata gugur di pipinya.

Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang beramai lima orang. Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan belajar untuk mengurus hidupnya sendiri. Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang dan syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya, bersalaman dan mencium
tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik.

Aku mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri
kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi. Cuma yang aku sedar, aku
kasihankan kepada anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin
juga kerana Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai
lelaki tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya. Walau
apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada jodoh, kerana
itu kami berkahwin.

Walau ibu dan ayahku malah saudara mara menentang hebat kemahuanku. Apa kurangnya Norjannah, soal mereka. Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya. Cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah mengeluh keletihan melayan karenah anak-anak walau aku kurang membantu. Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini terhadapnya. Segalanya cukup sempurna. Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh Nurjannah.
Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu Nurjannah yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang ajarkan. Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh Nurjannah.

Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stokin Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk, Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang. Setiap kali aku
pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di
ruang rehat. Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnya ke pasar. Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup
bersamanya, Nurjannah faham benar seleraku. Selama sebelas tahun itu juga
seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku. Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas. Tetapi isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan katanya.

Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku dengan Normi, madu Nurjannah. Setelah berkahwin dengan Normi, barulah
aku merasai segala masalah seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku.
Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana
sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Normi telah dikurniakan
seorang cahaya mata. Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang-jarang sekali pulang ke rumah Nurjannah. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurjannah tetap dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan.

Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku. Cuma yang amat aku terasa, aku kehilangan senyuman mesranya. Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di
kedai runcit berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin perbelanjaan harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu. Lagipun Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya menggeleng kepala. Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin lain.

Kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda
membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra, mungkin kerana dah
jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik Nurjannah.
Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara gading.
Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah menjangkau dewasa.

Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor, Fariza menjadi pensyarah, Fakhrul pula pegawai di jabatan kerajaan, Farihin seorang guru
dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya akan diadakan dua hari
lagi. Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan ibunya hadir
di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telah dua bulan aku tidak menjengah
Nurjannah. Namun kepulanganku tetap disambut baik oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak pernah
menunjukkan riak kurang senang padaku. Walhal sudah banyak perkara yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya menunjukkan rasa memberontak.

Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan seorang suami. Aku akui
bukan seorang suami yang adil. Adil dalam mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namun aku tidak menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini memberi satu perbandingan yang nyata antara keduanya. Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu untuk berlaku adil.

Hari ini Nurjannah memasak lauk kegemaranku, udang masak lemak cili padi.
Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza yang
juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi ke mulut. Nurjannah
membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan cerita. Sebenarnya
jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelak tawa Nurjannah. Entah
kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari kemesraannya.

Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di samping Fariza. Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat berwarna jingga. Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku
dengan Normi. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah
lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku. Aku terpempan. Terkedu. Hilang
sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi. Adakah aku
berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurjannah, tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya. Aku menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya.

"Bang, lapan belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati menandatangani
borang permohonan poligami, Jannah harap abang juga boleh melakukannya
sekarang," pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai belati menghiris
hati. Rasanya ingin gugur air mata lelakiku. Namun kutahan. Adakah
ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau lakukan. Kukira langkah
mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurjannah, barang kali beginilah deritanya
hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi orang yang dikasihi..

"Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana sememangnya
abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah hanya tak mahu
kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita. Jannah rasa
pengorbanan Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun kesabaran Jannah sudah tinggal sia-sia. Jannah tidak mahu jadi isteri derhaka apabila kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa, mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa sebarang riak api kebencian kepadaku.

"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan
fardhu haji tahun ini," sambung Fariza.

Aku merenung mata Fariza dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara.

"Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi nanti,
siapa nak jaga mak cik Normi, kan ayah tak pernah tinggal makcik Normi
sorang-sorang."

"Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang tinggalkan Normi,"
pintasku cuba melerai kekusutan yang membelit diri.

"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap terluka.
Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.

Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi
pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku.
Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh Nurjannah
isteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurjannah hanya
memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku mencari-cari sejadah
yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk.




entrancing
You have an entrancing kiss~ the kind that leaves
your partner bedazzled and maybe even feeling
he/she is dreaming. Quite effective; the kiss
that never lessens and always blows your
partner away like the first time.


What kind of kiss are you?
brought to you by Quizilla



11 January 2004

burning
Your soul is bound to the Burning Rose: The
Rapture.

"I go where my heart beckons me, and I go
with my head high. But sometimes, I get a need
until I bleed so my heart swims above my
head."


The Burning Rose is associated with passion,
intensity, and desire. It is governed by the
god Eros and its sign is The Flame, or Physical
Love.

As a Burning Rose, you can get lost in the moment
if you let yourself. You are a very physical
person, be it in relationships, work, or play.
You may be driven by your hormones sometimes,
but you know it's because you have to follow
your instinct.


What Rose Is Your Soul Bound To?
brought to you by Quizilla



Editor
the girl next door


SweetNoTTyGerL
Hi. My name is Rynne Noraini. I love traveling, photography, nature, blogging and sports. The Sun, The Sea and The Sand are my companion... I'm actually a Gossip GaL. Don't tell anyone though. You know you will love me, when you know the true me.
SINCE DECEMBER 2003

This blog is solely mine. It contains MY photos, thoughts, hopes, dreams, secrets, and fears. I write because i want to, and you read because you want to. If you don't want to read, then don't: it's that simple.

MyHotComments.com



Tagboard
scream out loud

Links
you're on your way


Yan. Agaz. Ezan. Toni. Maya. Friend. Friend. Friend. Friend. Friend. Friend.

Musics
emotional effect


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Archives
gone with the wind

December 2003
January 2004
February 2004
March 2004
April 2004
May 2004
June 2004
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
October 2007
December 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009

Credits
take a bow

Designer
Inspiration