I read an interesting email... So thought of sharing with the rest... But sorry it was in malay... Hope you guy enjoy reading it....
Nau'zubillah...
Kisah ni agak panjang sedikit. Written by an Ustaz. Anyway, take Ur time b'coz it's a good story.....
Lama benar saya tidak berjumpa dgn Ariffin. Rasanya sudah lebih 7 tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia dtg ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok.
"Eh, makin kurus nampak. Diet ke?" kata saya setelah mempersilakannya duduk. "Tak adalah, biasa la Cikgu, kan sekarang ni macam2 kerja. Kurikulumlah itulah inilah, sukanlah... gemuk pun boleh jadi tinggal tulang," balas Arifin.
"Tengok ni Ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar," tambahArifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai. Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya dtg menemui saya. Yalah, tiba2 saja muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.
"Orang rumah saya sakitlah, Ustaz ", kata Arifin.
"Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa?" saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan sambil bersandar di kerusi. Setelah itu di sorotnya mata saya dalam2.
"Entahlah..." katanya perlahan, "5 tahun lalu tiba2 saja badan dia melepuh2. Di kaki, paha, perut, dibelakang... penuh dengan lepuh macam org terkena air panas, " kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke seratahospital dan klinik, namun ubat yg di beri oleh doctor tidak dapat melegakan penyakitnya.
"Sakit apa, doctor pun tak tau," tambahnya. "Dah pergi berubat kampung?" saya bertanya.
"Dah, tapi macam biasalah... bomoh, cakap kena buat org, terceroboh kawasan org bunian, sampuk... macam² lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh," jelas Arifin. Malah kata kawan saya itu, "lepuh² menjadi tambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yg cantik juga berubah murung, kusut itu masih tak mengapa Ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh² itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil² macam katak puru," tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibatsembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelek. Dari tangan, bintil² kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. Di sebabkan penyakit itu, kawan² yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat. Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Kebanyakkannya menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
2-3 tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yg lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yg memutih.
Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku. Tiap hari dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni.
Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok," kata Arifin dgn wajah sayu "Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu". Disebabkan doctor gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulangdengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawarkeadaan penyakit berkenaan.
"Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis². Jadi, saya harap Ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya untuk mengubatnya cara moden," tambah Arifin.
"Insya-Allah...." Balas saya. Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata² yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
"Apa yang dia cakap masa meracau tu ?"
"Macam2 Ustaz... tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya.Saya tanya kenapa? Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah... orangdah sakit memang macam tu," kata Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri. Sebelum pulang, saya berjanji untuk kerumah Arifin pada malam esoknya.
"Datang ya, Ustaz . Saya tunggu," katanya sambil mengangkat punggung. Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya.Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas Isyak.
"Jemput masuk Ustaz," Arifin mempelawa sambil membawa saya ke sebuah bilik. "Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilikberkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
"Za... ni Ustaz Nahrawi datang," kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh.
Masya-Allah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahnya penuh dengan bintil² yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yg membayang di permukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas 5 minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara berbisik, saya bertanya; " Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung ".
"Tak adalah, Ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin. " "Err... dari mana datangnya bau yang..." soal saya, tapi tak sanggup nak habiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk. "Ooo... mmm, dari alat sulit dia," kata Arifin perlahan. "Keluar lendir bercampur nanah."
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifindan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal² yang sepertiitu. Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan olehAllah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kpd ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
"Sudah Ustaz. Dengan emak dan ayahnya saya pun sudah."
"Kalau macam tu, baguslah," kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yg dipetik dari Al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dgn ujian Allah.
"Sama² lah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin. Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian.
Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. Memang benar.Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap² dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi. Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi, namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis
"Ustaz," katanya," sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu..."
"Kenapa?" pantas saya bertanya.
"Sejak 2-3 malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala²nya". Arifin menyambung ceritanya. Malam itu saya terkejut sebabsemasa meracau isteri saya minta ampun krn telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya "kenapa?" Dia jawab, supaya ikut kata²nya dan tak cari perempuan lain.
"Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya di tundukkan dengan ilmu hitam.
"Saya tanya, masa bila awak buat?" Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kiralah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.
Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap buat hubungan seks. Kerana itu dia minta berbanyak² ampun daripada saya. Dia minta saya maafkan". Saya tak sangka betul, Ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya.Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan...." Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata²nya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
"Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia," kata saya. Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi. Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana ia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.
"Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepalapun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan sahaja dia pergi. Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa." "Ampunkan dia ?" Arifin bertanya balik. " Dia dah derhaka dengan saya, buattak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, Ustaz mahusaya maafkan dia ?" tingkah Arifin dengan suara yang agak keras. Mungkin dia terkejut."Ya... dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya. Sayaterus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan,yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalahlebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insafdan meninggal dengan mudah. "Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya... Maafkan saja dia dengan hati yang benar² ikhlas," jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkansupaya dia bacakan surah Yasin 3 kali dan ulangkan ibu Yasin sebanyak 7kali.... ( salaamun qaulam mirrabir rahim ) "Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya.
Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
"Tapi alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia."
Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini.
1 comment:
awal yang baik
Post a Comment