Tuesday, June 24, 2014

#Recipe: Sotong Masak Kicap Pedas

SOTONG MASAK KICAP PEDAS

6 ekor sotong - hiris nipis

1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/hijau - hiris
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
Daun sadri/daun bawang - hiris
Susu pekat
Kulit kayu manis dan buah pelaga

Bahan sos:

Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram

Bahan bahan kisar:

1/2 labu bawang besar 
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara:

Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.

Masukkan kicap pekat, kicap manis, susu pekat, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit sahaja air kerana sotong akan mengeluarkan air yang banyak.

Setelah mendidih, bawang besar dan cili hiris. Akhir sekali masukkan sotong. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. 

From Facebook Resepi Ummi

No comments: