AYAM MASAK KUZI
Bahan-bahan; [saiz hidangan 4-5 org] Langkah [1] 600 gm ayam, dipotong 1 sudu besar serbuk kunyit 2 sudu besar sos ikan 1sudu besar krimer sejat
Langkah [2] 2 sudu teh bawang goreng 150 ml Krimer sejat 1 biji limau diperahkan jusnya 2 sudu besar minyak masak 2 sudu besar marjerin 40 gm kismis 3 sudu besar sos tomato 3/4- 1 sudu besar gula / secukup rasa 1/2 sudu teh garam / secukup rasa 150 ml air
Bahan-bahan A 1 sudu teh lada putih, tumbuk 1 sudu teh lada hitam,tumbuk 1 sudu besar serbuk ketumbar 1 sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih
Bahan-bahan B 4 biji buah pelaga 4 biji buah cengkih 2.5 cm halia 3 cm kulit kayu manis 3 hiris lengkuas 1 biji cokmar
Cara-cara; 1.Perapkan kepingan ayam dengan serbuk kunyit, sos ikan dan 1 sudu besar krimer sejat selama sekurang-kurangnya 30 minit.
2.Campurkan bahan-bahan [A] dengan bawang goreng, krimer sejat dan jus limau.
3.Panaskan marjerin dan minyak masak dalam kuali, gorengkan kismis sehingga tembam.Keluarkan dari kuali dan ketepikan.
4.Toskan ayam dengan penapis untuk membuang cecair berlebihan sebelum menggoreng.
5.Gorengkan ayam sehingga kuning keemasan.Kemudian toskan.
6.Dengan minyak selebihnya, masukkan campuran dari langkah [2], sos tomato, air,gula dan garam.Biarkan sehingga mendidih.Kacau dengan rata untuk mengelakkan bahan-bahan daripada melekat pada kuali.Campurkan bahan-bahan [B] dan masak sehingga naik bau.
7.Masukkan ayam goreng dan masakkan sehingga kuah menjadi pekat dan daging ayam menjadi lembut.Masukkan kismis digoreng tadi ke dalam campuran. |
No comments:
Post a Comment