Friday, July 11, 2014

#Recipe: Rainbow Cake

Bahan-bahan untuk resepi kek pelangi (Rainbow Cake):

3 cawan tepung naik sendirian berhad
1 1/2 cawan gula kastor
1 pek buttercup @ 250gm butter
5 biji telur
1 1/2 cawan susu segar @ susu cair
Secubit garam halus
2 sudu kecil esen vanila
Pewarna pilihan (merah, oren, purple, hijau)
1 pek creamcheese
1 cawan gula aising
1/2 cawan butter
Sprinkle beads @ bahan2 hiasan ikut suka korang

Cara Membuat Kek Pelangi :

Memula, panaskan oven (170°C)
Then, ayak tepung & garam. Ketepikan
Pukul butter dan gula sampai kembang & putih. Agak2 dalam 10-15 minit gitu.

Pastu, masukkan telur sebijik demi sebijik. Pukul lagi.
Masuk esen vanila. *boleh sukat pakai tudung botol tu je*
Masukkan bahan2 yang di ayak tadi sikit2, selang seli dengan susu.
Dah setel sume, dah boleh asingkan adunan dan masuk pewarna ikut suke hati korang.

Tuang dalam loyang, bakar lebih kurang 15 minit, 170°C.
Dah siap bakar, sejukkan dulu kat tepi.

Untuk topping pulak, pukul semua bahan (creamcheese, gula & butter) sampai kembang.

Time susun kek tu, antara setiap lapisan tu, kena taruk topping tu. *untuk lekatkan lapisan kek*

From Facebook - Resepi Buat Kek

No comments: