Sunday, March 28, 2021

#Movie: Penunggang Agama arahan Syafiq Yusof

 

Alhamdulillah, akhirnya dapat menonton 'Penunggang Agama' di saluran Astro First 480. Filem terbitan Skop Productions dan arahan Syafiq Yusof. Pelakon-pelakon yang menjayakan filem ini adalah Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Kan, Salina Saibi, Dato Jalaludin Hassan, Puteri Qaseh, Azzahra Ahmad. 

Filem tidak menyeramkan tetapi memberi pemgajaran kepada kita semua. Seperti erti kekeluargaan, kepercayaan antara satu sama lain dan juga keimanan kita dalam mengatasi segala masalah. Merujuk dan meminta pada Yang Maha Esa Allah swt bukan daripada iblis laknatullah. Seperti mana Allah telah berjanji, Dia akan senantiasa melindungi mereka yang dianiayai dan meminta perlindungan DariNya. Jangan sesekali meminta pada iblis laknatullah, akibatnya binasa diri dan mati dalam kekufuran.

Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir... 
La hawla wala quwwata illa billah...

Sekiranya sudah menonton, sharelah pendapat anda mengenai filem ini. Pada yang belum menonton, jangan lupa saksikan di pawagam rumah anda, Saluran Astro First 480.  😉😉😉

Rating 👍👍👍👍 

No comments: